Latar belakang Serangan Kapitol Amerika Syarikat 2021

Presiden Donald Trump semasa himpunan kempen pada 2020

Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020 yang diadakan pada 3 November 2020 dimenangi oleh calon Demokrat Joe Biden yang mengalahkan penyandang Presiden dari Republikan Donald Trump. Sebelum, semasa dan selepas pengiraan undi, Trump dan ahli Republikan lain berusaha untuk membatalkan pilihan raya dengan tuduhan palsu bahawa berlakunya penipuan undi yang meluas.[41]

Dengan Kongres dijadualkan bersidang pada 6 Januari 2021 untuk mengira keputusan undi Dewan Pemilihan, Trump mengumumkan rancangan untuk mengadakan perhimpunan menjelang acara untuk meneruskan protesnya mengenai kesahihan keputusan pilihan raya di beberapa negeri. Pada 18 Disember 2020, Trump mengumumkan "Bantahan besar di DC pada 6 Januari. Datanglah ke sana, pasti menjadi liar!"[42] Datuk Bandar Washington, DC Muriel Bowser meminta pada 31 Disember 2020, agar pasukan Pengawal Kebangsaan Daerah Columbia dikerahkan untuk menyokong polis tempatan semasa demonstrasi yang dijangkakan akan berlaku. Beliau menulis dalam permintaannya bahawa pengawal tidak akan bersenjata dan bahawa mereka akan bertanggungjawab terutamanya untuk "pengurusan orang ramai" dan arah lalu lintas yang memungkinkan polis untuk bertumpu kepada masalah keselamatan. Pemangku Setiausaha Pertahanan Christopher C. Miller bersetuju dengan permintaan itu pada 4 Januari 2021. Kelulusan itu mengerahkan 340 anggota tentera manakala tidak lebih 114 anggota tentera yang lain bersedia dikerahkan apabila tiba masanya.[43]

Trump telah menghabiskan hari-hari sebelumnya memberi saranan kepada Naib Presiden Mike Pence agar menolak kemenangan Presiden terpilih Joe Biden iaitu tindakan yang di luar bidang kekuasaan perlembagaan Pence. Beliau mengulangi seruan ini dalam ucapannya pada pagi 6 Januari.[44] Petang yang sama, Pence mengeluarkan sepucuk surat kepada Kongres yang mengatakan bahawa beliau tidak akan mencabar kemenangan Biden.[44]

Rujukan

WikiPedia: Serangan Kapitol Amerika Syarikat 2021 //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Seran... //www.worldcat.org/issn/0190-8286 //www.worldcat.org/issn/0261-3077 //www.worldcat.org/issn/0362-4331 https://apnews.com/article/election-2020-joe-biden... https://www.bbc.com/news/uk-politics-55580806 https://www.bbc.com/news/world-us-canada-55568613 https://www.bbc.com/news/world-us-canada-55583264 https://www.bostonglobe.com/2021/01/06/metro/heres... https://www.bostonglobe.com/2021/01/06/nation/watc...